Wednesday 14 October 2020

Kelas Agama Online

Disebabkan pandemik Covid-19 masih belum reda, maka pihak Zakat telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini diketuai seorang ustaz sebagai pengajar. Semua berhubung hanya atas talian sahaja. Pelajar disarankan untuk pasang aplikasi Google Room di telefon masing-masing sebagai medium pembelajaran.

Semoga semua berjalan dengan baik

Monday 30 March 2020

Kelas Mualaf Ditangguhkan

Sedia maklum kelas agama bagi mualaf ditangguhkan hingga ke tarikh yang lain.

Ini disebabkan oleh wabak Covind-19. Maka, bagi mematuhi arahan pihak kerajaan, maka masing-masing diminta berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Diharap semua pelajar mualaf berada dalam keadaan sihat dan kekal berada di rumah. Elakkan daripada berkumpul secara beramai-ramai.