Friday 10 September 2021

Hukum Tajwid : Izhar Halqi

 Ilmu Tajwid

Izhar Halqi

Bagaimana terjadi:  Huruf nun mati atau nun tanpa baris atau huruf tanwin bertemu huruf izhar Halqi. Bacaannya adalah tidak dengung.

Huruf Izhar Halqi : 

ا ج ح ع غ ه (ha)


Tuesday 12 January 2021

Permulaan Tahun 2021 : Masih Tiada Berita Kelas Agama Online

Kini sudah masuk ke tahun 2021. Semua pelajar masih belum mendapat berita tentang pembelajaran kelasa agama secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. 

Ini memang perkara biasa setiap kali kemasukan ke awal tahun 2021.

Sedia maklum pembelajaran agama secara berkumpul masih tidak dapat diadakan kerana penyakit pandemik Covid-19 masih belum berakhir. 

Bilakah ia akan berakhir? 

Hanya Allah sahaja tahu. 


Wednesday 14 October 2020

Kelas Agama Online

Disebabkan pandemik Covid-19 masih belum reda, maka pihak Zakat telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini diketuai seorang ustaz sebagai pengajar. Semua berhubung hanya atas talian sahaja. Pelajar disarankan untuk pasang aplikasi Google Room di telefon masing-masing sebagai medium pembelajaran.

Semoga semua berjalan dengan baik

Monday 30 March 2020

Kelas Mualaf Ditangguhkan

Sedia maklum kelas agama bagi mualaf ditangguhkan hingga ke tarikh yang lain.

Ini disebabkan oleh wabak Covind-19. Maka, bagi mematuhi arahan pihak kerajaan, maka masing-masing diminta berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Diharap semua pelajar mualaf berada dalam keadaan sihat dan kekal berada di rumah. Elakkan daripada berkumpul secara beramai-ramai.


Tuesday 11 December 2018

Gambar Surau Al-Falah Sebelum Dirobohkan

Ini adalah gambar Surau Al=Falah sebelum dirobohkan pada 11 Disember 2018.












Monday 10 December 2018

Surau Tongkah Bakal Dirobohkan

Terima khabar yang dukacita.

Surau Al-Falah bakal dirobohkan dan akan dibina surau yang baru.

Surau ini akan dirobohkan pada 11 Disember 2018 dan akan melakukan aktiviti perobohan secara berkala.

Tempat belajar kami yang baru adalah di Balairaya Kg Tongkah.

Berapa lama?

Itu tak pasti.

Yang pastinya kami akan sentiasa belajar.

Wednesday 15 August 2018

Lama Dah

Assalamualaikum,

Lama dah tak kemaskini blog ini.

Hampir 2 tahun tiada kemaskini dari blog ini.

Insyaallah saya akan hidupkan semula blog ini jika ada masa.

Ketemu kita nanti