Wednesday 24 September 2014

Bab 2: Nasabnya dan wafat Ayahandanya



Nasabnya dan wafat ayahandanya

1. Ayahandanya Abdullah Bin Abdul Mutallib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusaiy Bin Qilab.

2. Ibunya Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zahrah Bin Qilab. Dan dengan ini berhimpunlah keturunan ibunya dan ayahandanya pada datuknya yang ke-5 iaitu pada Qilab.

3. Ayahandanya wafat waktu junjungan kita sedang di dalam kandungan perut ibunya. Umur ayahandanya pada waktu itu belasan delapan tahun dan dikebumikan di Madinah dan ia tidak meninggalkan apa-apa pada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Friday 19 September 2014

Tabiat Penyebab Penyakit Lupa

Di kelas agama semalam ustaz ada menyampaikan suatu pesanan pada anak muridnya agar dielakkan membuat beberapa tabiat yang menyebabkan penyakit lupa. Ini disebabkan oleh ada beberapa anak murid masih lupa tentang bacaan doa selepas mengambil wuduk. 

Berikut adalah beberapa penyebab penyakit lupa. 
  1. Jangan minum air yang ada semut. Elakkan minum minuman yang berisi semut. Walaupun ia ditapis sekalipun tetap jangan diminum.
  2. Jangan makan makanan yang syubhah. Syubhah maksud di sini adalah makanan organ dalaman seperti hati ayam. 
  3. Jangan baca nama arwah di batu nisan. 
  4. Jangan makan kepala ikan. Makan badan ikan tak apa. 
Itu sahaja pesanan yang saya terima. Jika saya ada tersalah info, sila betulkan. Sama-samalah kita bantu memperbaiki diri. Jika ingin saya menambah, sila tinggalkan di ruang komen. 

Saturday 13 September 2014

Gotong royong

Hari ini semua pelajar kelas agama bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan surau Al-Falah yang sudah bersemak ini.

Aku tidak pasti kenapa keadaan surau ini semacam tidak diuruskan dengan baik. Adakah tiada pihak pengurusan surau yang prihatin dengan keadaan surau. Sampah sarap bersepah di sana sini dan rumput yang panjang mencacatkan pemandangan surau ini.


Nampaknya abang Halim Lim cuba membetulkan wayar yang tidak kemas.

  
Manakala abang Sulaiman memotong rumput yang panjang menggunakan mesin rumput beliau.


Kaum perempuan turut sama mencabut rumput di belakang surau.

Terima kasih kepada semua pelajar kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga menjayakan aktivii bergotong royong ini. Usaha anda amat dihargai.